"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak Jadi Lapor Polis, Cadangkan Jawatankuasa Bebas

KLANG, 11 MEI: Pimpinan Pakatan Rakyat mencadangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat dakwaan penyelewengan rasuah di kalangan pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkata, beliau bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat bermesyuarat semalam dan sepakat untuk membuat cadangan bekenaan.

Beliau yang sebelum ini mahu membuat laporan polis berhubung dakwaan rasuah di kalangan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, membatalkan hasrat berbuat demikian sebaliknya mengajukan cadangan tersebut.
-tvselangor-

Tiada ulasan: