"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia gesa dunia sepakat heret Israel ke ICC

Malaysia menyarankan agar negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Gesaan itu terkandung dalam usul khas yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mencadangkan, antara lainnya, agar peristiwa keganasan Israel pada 31 Mei menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan "advisory opinion" (pendapat berbentuk nasihat).

Najib juga mencadangkan supaya Turki, yang kehilangan sembilan aktivis kemanusiaannya akibat dibunuh komando Israel, menimbang untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rom, ICC.

Usul khas itu mengecam sekeras-kerasnya pemimpin Israel Benjamin Netanyahu kerana membenarkan tentera rejim itu bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap rakyat pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang menyertai misi bantuan itu yang dikenali sebagai "Freedom Flotilla".

Tiada ulasan: