"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS: Jangan biarkan Tharmendran jadi PI Bala

PAS hari ini menggesa kerajaan menjamin keselamatan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang mendakwa dia diugut oleh bekas rakan-rakannya berhubung kes kecurian enjin jet.

azlan"Saya tidak mahu Tharmendran menerima nasib yang sama seperti apa yang terjadi kepada saksi-saksi utma kes berfoail tinggi, di mana mereka terpaksa melarikan diri demi keselamatan,” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Salahuddin secara tidak langsung merujuk kejadian penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa beliau terpaksa 'menyembunyikan diri' selepas membuat pendedahan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebelum ini, bapa Tharmendran mendakwa anaknya didera dan dipukul seperti lembu oleh pegawai TUDM dan dipaksa mengaku bertanggungjawab mencuri dua enjin pesawat pejuang F5.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin, Tharmendran menyembunyikan diri dan mendakwa pegawai TUDM cuba membawanya ke pangkalan tentera udara, walaupun dari segi teknikal, beliau kini adalah orang awam.

Tiada ulasan: