"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

28 Cabang Lagi Selesai Pemilihan, Azmin Kekal Di Depan


SHAH ALAM, 14 NOV: Sebanyak 28 lagi cabang PKR di seluruh negara selesai mengadakan pemilihannya, hari ini. 
Proses pengundian melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh negara.

Di Selangor, lapan cabang terlibat sementara di negeri-negeri lain seperti berikut: Johor (6), Sarawak (6), Wilayah Persekutuan (6), dan Pulau Pinang (2).

Kebanyakkan pusat mengundi ditutup pukul 4 petang tadi dan proses pengiraan mengundi masih lagi berjalan.

Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan calon Timbalan Presiden, Azmin Ali terus mendahului persaingan dengan 211 undi berbanding hanya 60 undi yang diraih pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub.

Semalam, keputusan tidak rasmi bagi 140 cabang menyaksikan Azmin kekal di depan dengan majoriti 8,692 undi.

Secara keseluruhan, beliau mendapat 11,185 undi manakala Mustaffa pula memperolehi 2,493 undi.

Pemilihan hari ini dilihat bakal mempengaruhi peluang setiap calon bertanding kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai paling ramai anggota PKR di Malaysia.

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Petaling Jaya Utara Azmin (52), Mustaffa (24)

Kluang Azmin (37), Mustaffa (6)

Tanjong Azmin (57), Mustaffa (8)

Batu Pahat Azmin (27), Mustaffa (7)

Simpang Renggam Azmin (31), Mustaffa (6)

Sri Gading Azmin (7), Mustaffa (9) 

Dalam pada itu, keputusan rasmi akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, pukul 3 petang di ibupejabat PKR, esok.
-tvsnews-

Tiada ulasan: