"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Islam tertindas di Melaka, tak boleh pakai tudung

amkns


Islam semakin tertindas nampaknya di bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Laman web Malaysiawaves 12 Nov 2010 menceritakan Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung. Sebelum ini pun pada bulan April 2010 dalam Utusan Malaysia keluhan seorang wanita Melayu Islam mengadu sukar untuk bekerja di Bandaraya Bersejarah kerana isu tudung. Kenapa Islam begitu HINA di BUMI MELAKA ? KENAPA ?

Apa ke tidaknya Bangunan dan TANAH Majlis Agama Islam Melaka pun dah TERJUAL bukan DIJUAL pada BC Lim Enterprise menurut laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dilaporkan pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html  

Mana pergi keturunan Hang Tuah di Melaka ? Apa kamu semua DAYUS ? Bangsat sangatkah orang Melayu di Melaka ?
 
***********************
Friday, November 12, 2010
Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung Dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung. 

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka.
 
Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

Tiada ulasan: