"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maut ditetak kekasih isteri

ANGGOTA polis memeriksa rumah yang menjadi lokasi pembunuhan Haryadi di Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya kelmarin.
PETALING JAYA: Hasrat seorang pemuda yang datang dari Indonesia untuk melepaskan rindu terhadap isterinya yang bekerja di negara ini berakhir dengan dia mati dibunuh oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Flat Taman Desa Ria di PJS 4, Taman Medan di sini malam kelmarin.

Lebih tragis apabila mangsa yang hanya dikenali sebagai Haryadi, 24, dipercayai diserang oleh kekasih isterinya dan rakan-rakan suspek itu.
Mayat Haryadi yang baru empat hari berada di negara ini ditemui berlumuran darah di tingkat dua rumah flat itu selepas dia diserang di rumah sewa isterinya di tingkat lima.
Mangsa menemui ajalnya akibat ditetak di kepala dan keseluruhan badannya.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sebelum kejadian pada pukul 11.30 malam mangsa dikatakan berada di dalam rumah bersama isterinya yang berusia 22 tahun.
Menurut beliau, mangsa telah memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dipercayai untuk melawat isterinya yang bekerja sebagai buruh di sini sejak tiga tahun lalu.
"Ketika berada dalam rumah, pasangan suami isteri itu didatangi oleh sekumpulan enam lelaki yang masing-masing bersenjatakan parang dan pisau," kata beliau di sini semalam.
Berikutan kemunculan enam lelaki itu, Omar memberitahu, tercetus pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan suspek keenam-enam tersebut.
-kosmo-

Tiada ulasan: