"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon dicekup ketika nak beli dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon sebuah filem yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, ditahan polis malam kelmarin, dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis metafetamin.

Pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang juga pelayan pelanggan (GRO) ketika menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran. Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu,” katanya, semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kerjaya seni artis ini bermula sebagai anggota sebuah kumpulan pemuzik, namun hanya tampil dengan satu album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka.

Tiada ulasan: