"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buruh, remaja didakwa culik dan cabul pelajar Tingkatan Tiga

SETIU, 10 Ogos: Seorang buruh dan seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menculik dan mencabul seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga, 28 Julai lepas.

Saipullah Che Ismail, 23, dari Kampung Beris Cawat dan rakannya yang berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.

Mereka didakwa melakukan kesalahan pertama, iaitu menculik mangsa, di hadapan Sekolah Kebangsaan Nur Zahirah di Limbungan, Kampung Raja, Besut pada kira-kira 4 petang, mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa mencabul kehormatan mangsa di dalam sebuah kereta pada hari sama, kira-kira 4.20 petang, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebat, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Sept untuk perbicaraan kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
-Bernama-

Tiada ulasan: