"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UiTM haramkan 'Student Power"

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengharamkan ceramah umum seorang pembikin filem muda berhubung kegiatan pergerakan mahasiswa sekitar tahun 1960an yang dijadualkan di kampus itu semalam.

Mengikut perancangan Fahmi Reza sepatutnya berucap di kampus UiTM di Puncak Perdana, semalam tetapi mereka dihalang.

Menurut seorang penganjur yang juga seorang pelajar UiTM, seorang pensyarahnya memaklumkan pagi semalam, bahawa ceramah itu tidak dapat diteruskan kerana ia tidak mendapat kebenaran universiti.

"Pensyarah saya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar mendapat tahu berhubung majlis itu dan mereka mengarahkan kami supaya tidak mengadakannya,” kata pelajar itu yang tidak mahu dikenali kerana khuatir akan dikenakan tindakan.

Kat
anya, semua pelajar termasuk pensyarah diwajibkan menulis kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk kebenaran jika mereka bercadang menjemput pihak luar sebagai tetamu pada majlis yang dianjurkan.

Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak berbuat demikian kerana beranggapan bahawa ceramah itu satu majlis kecil yang diadakan di kalangan kawan-kawannya dari fakulti yang berlainan.

"Mungkin judul ceramah itu 'Student Power' (kuasa pelajar) menakutkan mereka,” katanya kepada
Malaysiakini.

Tindakan Uitm itu tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan majlis mereka.

Majlis itu yang dijadualkan pada 5 petang itu kemudiannya ditunda kepada 6.30 petang bagi memberi tempoh mencukupi bagi peserta dimaklumkan berhubung pertukaran tempat .

Kumpulan pelajar itu kemudian berjaya mengumpulkan RM100 sesama mereka dan menyewa sebuah dewan kecil di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam kira-kira 20km dari kampus.

Menurut pembikin filem itu, Fahmi, ceramahnya itu berjaya menarik penyertaan 30 peserta yang “memberanikan pelbagai rintangan dan halangan oleh universiti” ke majlis berkenaan.

Tiada ulasan: