"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Taklimat saman ekor di Pokok Sena, esok

Harakahdaily
ALOR SETAR, 10 Ogos:
Orang ramai dijemput menghadiri taklimat status saman ekor oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar di Kompleks PAS Pokok Sena, KM 8 Jalan Langgar-Alor Setar, esok (11 Ogos).

Kase dalam satu kenyataan memberitahu, selain Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, panel peguam akan serta pada majlis yang bermula jam 2.30 petang itu.

Pagi tadi, Mahfuz bersama jawatankuasa Kase mengadakan kunjungan hormat ke Suhakam dan membincangkan masalah saman ekor.

Di samping mangsa saman ekor, orang ramai juga dipelawa menyertai taklimat itu.

Tiada ulasan: