"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jawatankuasa sekolah cina desak bina sekolah

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 11 Ogos:
Kerajaan Pusat didesak segera menunaikan janji mendirikan bangunan SJKC Tun Tan Siew Sin di Putra Height dekat sini seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sejak 2006 lagi.

Jawatankuasa Bertindak Sekolah Cina Putra Height mendakwa akibat dari ketiadaan sekolah jenis itu di situ menyebabkan lebih 500 pelajar terpaksa ke sekolah berkenaan sejauh, paling dekat enam hingga 15 kilometer dari kediaman mereka.

Mereka berkata, jarak sekolah berhampiran pun memakan masa seperti Sekolah Rendah Wawasan sejauh 10 km, Sekolah Menengah di USJ23 (6 km), Sekolah Cina Subang Jaya (16 km), USJ (12 km), Puchong (20 km) dan Petaling Jaya (30 km).

Pengerusinya, Chong Thim Siew berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan mengenai desakan mereka di Seksyen 7, Putra Height, kelmarin.

“Kami mendesak kerajaan pusat segera mendirikan bangunan sekolah ini agar dapat digunapakai pada sesi persekolahan 2012 kerana keadaan semakin mendesak. Kami mendapat maklumat, kebanyakan sekolah berhampiran juga telah padat untuk sesi 2011.

"Janji tinggal janji sudah empat tahun berlalu sedangkan kami telah tinggal di sini sejak 10 tahun lalu, sedihnya janji dalam majlis sama untuk sekolah di Kulai, Johor sudah pun dapat digunakan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, pada 8 Julai 2006, Hishammuddin mengumumkan akan mendirikan sekolah berkenaan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) namun sehingga sekarang, tempoh RMK9 pun hampir tamat, namun tiada tanda-tanda sekolah itu akan didirikan.

Pada pagi itu, ramai kalangan ibu bapa dan rakyat prihatin turut mendesak dengan menurunkan tandatangan mereka untuk dihantar kepada pihak berwajib dalam masa terdekat.

Salah seorang yang ditemui berkata, ini isu pendidikan yang mesti diberikan kepada setiap rakyat negara ini, namun hingga sekarang meski ada lima tapak sekolah yang dicadangkan, yang ada hanya habuk sahaja.

1 ulasan:

MadRed berkata...

apa sgt keperluan yang mendesak? setahu saya sekitar Putra Heights terdapat banyak sekolah kebangsaan. Kalau tiada sekolah cina berhampiran, makan daftar lah di sekolah kebangsaan. Tuntutan sebegini adalah tuntutan yang berkepentingan sendiri, tanpa mengira keadaan ekonomi negara. Janji boleh dibuat, tetapi untuk menunaikannya, perlu ketelitian agar semua pihak dapat bahagian dan dapat keadilan.