"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konvensyen: PAS tekad tawan Perak semula

Konvensyen PAS Perak ke 15 yang berlangsung di Dewan Kutien, Ayer Tawar berakhir dengan semangat baru PAS Perak bagi menawan semula negeri Perak dari UMNO BN. Konvensyen dimulakan dengan perasmian oleh YB Hj Salehuddin Ayon, Naib Presiden PAS.

Ucapannya banyak menyentuh dalaman parti yang perlukan kekuatan baru dengan penglibatan semua unsur-unsur yang boleh membantu PAS dalam menerajui kepimpinan politik Perak dan Negara.

Sementara itu, ucap utama Pesuruhjaya PAS Perak disampaikan oleh YB Ir Hj Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

PJ Perak Ust. Abu Bakar Husein tidak dapat hadir konvensyen kerana keuzuran isteri beliau yang terlantar di Hospital Besar Ipoh. Ucap Utama yang bertemakan "ISLAM ADIL UNTUK SEMUA PERSPEKTIF PERAK" menggariskan beberapa perkara yang menjadi hala tuju PAS Perak.

Beberapa aspek pembinaan tarbiyyah dan pelebaran dakwah ditekankan sebagai aspek dalaman yang cukup penting. PAS Perak juga mesti melebarkan jaringan dakwah dengan lebih meluas bagi memahankan rakyat bukan Islam tentang keadilan Islam itu sendiri.

Persiapan pilihanraya ke 13 juga menjadi fokus utama PAS Perak bagi memastikan Perak berjaya ditawan semula dalam PRU ke 13.

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden pula disampaikan oleh Datuk Dr. Mahfuz Mohamd , AJK PAS Pusat yang juga Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Munaqasyah menggariskan beberapa langkah yang perlu dibuat oleh semua peringkat parti bagi merealiasikan Ucapan Dasar Presiden.

Konvensyen bertambah menarik dengan penglibatan perwakilan dalam membahaskan Ucap Utama Pesuruhjaya. Banyak isu disentuh oleh 10 wakil yang mengambil bahagian dalam perbahasan, isu-isu yang disentuh menyeluruh dalam semua aspek perjuangan. Bermula dengan dalaman parti, isu semasa dan persiapan pilihanraya umum ke 13.

Konvensyen juga turut didedahkan oleh pengakaji sains politik dari Ilham Centre hasil dari dapatan kajiannya mengenai kecenderungan rakyat dan pengundi terhadap PAS dan juga PR di Perak selepas PRU ke 12.

Dapatan kajian tersebut sangat memberi erti yang besar kepada PAS Perak dalam mengorak dan meneruskan langkah perjuangan ke arah kemenangan besar PRU akan datang.

Kemuncak konvensyen adalah pengisytiharan 7 resolosi yang dijadikan ikrar oleh semua peserta konvensyen bagi memastikan ianya dilaksanakan dilokasi masing-masing.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak.

Tiada ulasan: