"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden NUJ lwn utusan: 'Tutup mulut atau berhambus'

Presiden NUJ dikenakan siasatan dalaman
Kelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media.

Menurut Hata, menurut surat daripada bahagian sumber manusia Utusan, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari.

"Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," katanya.

Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: