"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohammed Sabu, 9 lain dilepaskan

Mahkamah majistret Jawi hari membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu (bawah, kiri) daripada tuduhan menghalang kententeraman awam.

NONEMajistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

Mereka juga didakwa menolak anggota polis dan enggan membuka pintu kereta apabila diminta berbuat demikian.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi.

Jika didapati bersalah, semua sepuluh mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan didenda sehingga RM10,000.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: