"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ISA: Mohamad Sabu kesal laporan Sinar Harian

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan Sinar Harian hari ini bahawa beliau dan pemimpin PAS sedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.


Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.


Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.


"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.


"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.


Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.


“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.

Tiada ulasan: