"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesawat bawa tahanan perang ditembak, 65 maut

Bernama-Sputnik
JENTERA bomba kelihatan di perkampungan Yablonovo berhampiran lokasi nahas pesawat IL-76 yang ditembah jatuh di wilayah Belgorod, semalam. FOTO AFP.
JENTERA bomba kelihatan di perkampungan Yablonovo berhampiran lokasi nahas pesawat IL-76 yang ditembah jatuh di wilayah Belgorod, semalam. FOTO AFP.
Moscow: Pesawat Il-76 yang membawa tahanan perang Ukraine ditembak jatuh oleh pihak Kyiv pada 11.15 pagi waktu Moscow (08:15 GMT), dakwa Moscow pada Rabu.

Menurut Sputnik, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan sebuah pesawat angkut Il-76 dari angkatan udara Rusia dengan 65 warga Ukraine yang dalam perjalanan untuk pertukaran tahanan perang, serta enam anak kapal dan tiga pengiring, terhempas di wilayah Belgorod.

Ketua wilayah itu, Vyacheslav Gladkov berkata, semua orang di dalam pesawat angkut yang terhempas itu terbunuh.

"Hari ini pada 11.15 pagi, rejim Kyiv melakukan tindakan terorisme, yang menyebabkan sebuah pesawat angkut tentera Rusia ditembak jatuh, semasa dalam penerbangan ke lapangan terbang Belgorod, membawa anggota tentera Ukraine untuk pertukaran," kata kementerian dalam satu kenyataan.

Pesawat itu dimusnahkan oleh angkatan bersenjata Ukraine dari Wilayah Kharkiv dengan sistem peluru berpandu anti-pesawat, kata kenyataan itu, dan menambah, bahawa peralatan radar dari pasukan aerospace Rusia mencatat pelancaran dua peluru berpandu Ukraine.

"Anak kapal dan semua penumpang pesawat itu terbunuh. Kepemimpinan Ukraine mengetahui bahawa, menurut amalan sedia ada, hari ini anggota tentera Ukraine akan diangkut dengan pesawat angkut tentera ke lapangan terbang Belgorod untuk pertukaran," kata pernyataan itu.

Menurut kesepakatan yang dicapai sebelumnya, pertukaran itu seharusnya berlangsung pada tengah hari di pos pemeriksaan Kolotilovka di sempadan Rusia-Ukraine.

"Rezim Kyiv mengambil langkah ini dengan tujuan menyalahkan Rusia atas kehancuran tentera Ukraine," kata kementerian itu.

Tiada ulasan: