"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat bersama tolak agenda peribadi Mahathir

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Sungguh lucu apabila Mahathir baru-baru ini mencabar Anwar untuk mengadakan pilihan raya.

Jelas, beliau kini sangat tertekan dengan tindakan dilakukan SPRM terhadap anaknya dan kroni (Daim).

Hanya untuk kepentingan peribadi, Mahathir mahukan pilihan raya diadakan yang tentunya kos seperti PRU15 lalu mencecah hampir RM1 bilion.

Bukan hanya duit rakyat bilion digunakan tetapi juga menyusahkan rakyat.

Itulah Mahathir yang dipanjangkan usianya untuk kita membongkar segala kerakusan dan kerosakan dilakukannya selama ini.

Dia tidak peduli kesusahan rakyat asalkan anak dan kroninya selamat.

Sebelum ini, Mahathir menggunakan Anwar untuk melawan Musa Hitam dan Ku Li. Kemudian dia gunakan Najib dan Muhyiddin untuk jatuhkan Pak Lah.

Mahathir sekali lagi gunakan Anwar untuk menjatuhkan Najib. Kali ini dia menggunakan (tunggang) Hadi Awang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ini.

Bukan pelik kerana sebelum ini Mahathir sanggup ke mahkamah melutut kepada Anwar.

Kali ini, dia sanggup ke Rusila demi menyelamatkan anak-anaknya. Parti yang dia sendiri katakan sesat.

Seperti biasa dia menggunakan kaedah pecah dan perintah.

Kemudian dia gunakan AGENDA PERJUANGAN MELAYU untuk berlindung di sebalik ketakutannya dan perjuangan peribadinya.

Mahathir juga seperti biasa akan menggunakan kaedah play victim konon dirinya dianiaya.

“Saya dah tua, tak ada masa lagi” (klip video kempen 2018).

Sekarang, “Kalau saya dipenjarakan usia begini saya akan mati dalam penjara.”

Malah, menuduh Anwar sebagai ditaktor. Itulah Mahathir yang lupa apa yang dia lakukan selama ini telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat.

Sedangkan Mahathir sebenarnya beliau tidak layak untuk bercakap soal rasuah atau bercakap pihak lain sebagai ditaktor kerana beliaulah Bapa Ditaktor ketika pemerintahannya.

Sepatutnya, rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, Dayak dan lain-lain, kita bersama sama menolak agenda peribadi Mahathir.

Kita tolak kepartian kita tetapi bersatu hati dalam memerangi rasuah melibatkan wang yang begitu besar buat negara.

Tiada ulasan: