"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir diminta agar ‘bertenang’

AKMAL MANAF

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tampil ‘menasihati’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar ‘bertenang’ susulan kenyataan dikeluarkannya baru-baru ini.

Kelmarin, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pilihan raya bagi menentukan sokongan rakyat kepada Perdana Menteri ke-10 itu.

Mengimbas kembali Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Lokman mengingatkan Mahathir bahawa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak langsung memenangi walaupun satu kerusi.

”Macam mana kita nak buat tu Tun? Semua deposit pilihan raya hilang.. tak dapat satu kerusi pun.. macam mana kita nak buat? Jadi, bertenanglah Tun.. itu sahaja..

”Jangan kelam-kabut sangat nak pilihan raya cepat. Tidak ada sebarang jaminan kalau diadakan pilihan raya semula, maka Tun punya parti akan menang.

“Tiada jaminan,” ulang Lokman lagi dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Mahathir dalam sidang akhbar kelmarin mendakwa, ketika ini kerajaan pimpinan Anwar menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat menggugat kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua per tiga. Rakyat ada peluang untuk menukar saya (tetapi) tak berlaku.

“Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya.

“Jadi, saya cabar Anwar untuk adakan satu pilihan raya umum hari ini, sama ada dia berani atau tidak untuk melihat apa yang rakyat akan katakan,” ujar ahli politik berusia 98 tahun itu.

Tiada ulasan: