"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan cedera hingga kena 12 jahitan akibat dipukul, tendang oleh bapanya yang mabuk

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
VIDEO kejadian yang dirakam memaparkan seorang lelaki memukul anaknya dalam keadaan mabuk di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, di sini, tengah malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA.
VIDEO kejadian yang dirakam memaparkan seorang lelaki memukul anaknya dalam keadaan mabuk di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, di sini, tengah malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA.
Rembau: Remaja perempuan berusia 17 tahun dimasukkan ke hospital selepas ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapanya sehingga menerima 12 jahitan di kepala, tengah malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota, di sini, dipercayai berlaku ketika suspek berusia 47 tahun itu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya sudah menahan suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah di lokasi kejadian.

"Kami mendapat maklumat kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi sebelum menahan suspek di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk kira-kira jam 12.30 tengah malam dan dibawa ke balai.

"Mangsa seorang remaja perempuan dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan ambulans," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa ditendang oleh suspek di bahagian perut, luka pada bahagian kanan, lebam pada bahu kanan serta luka pada kepala dan terpaksa menerima jahitan.

"Mangsa akan di rujuk ke Hospital Kuala Pilah dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan. Difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa," katanya.

Tambahnya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah termasuk membabitkan dadah.

"Bapa mangsa direman selama empat hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Tiada ulasan: