"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir: Begini Anwar balas budi saya dan Daim

Isabelle Leong & Haspaizi Zain

Dr Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim ekoran tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atasnya ketika ini.

Mahathir juga menganggap tindakan kerajaan itu adalah sebagai 'balasan' atas bantuan yang diberikannya - bersama Daim Zainuddin - semasa membantu Anwar pada 2018.

“Apabila saya menjadi perdana menteri kali kedua, sepanjang tempoh saya, dia (Anwar) dibebaskan (dari penjara).

"Kemudian dia mahu bertanding dalam pilihan raya (pilihan raya kecil di Port Dickson).

“Saya dan Daim berkempen untuknya, tetapi sekarang dia mahu menyiasat saya kerana salah laku,” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Kenyataan Mahathir itu dibuat merujuk kepada peletakan jawatan pemenang kerusi Port Dickson pada PRU 2018, Danyal Balagopal Abdullah, bagi memberi laluan kepada Anwar.

Anwar ketika itu baru dibebaskan dari penjara dan tidak mewakili mana-mana kerusi parlimen.

Dalam pertandingan tujuh penjuru itu, Anwar memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 23,560 undi.

Mahathir merupakan perdana menteri ketika itu manakala Daim berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

Tiada ulasan: