"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nyawa lelaki ini berjaya diselamatkan dengan nasi beriani

KOSMO!
SEORANG lelaki (dalam bulatan) berada di atas struktur sebuah jambatan di Kolkata, kelmarin. - Foto Twitter/PTI
NEW DELHI  – Polis  menggunakan strategi pelik termasuk menawarkan satu set nasi beriani dan peluang pekerjaan kepada seorang lelaki supaya dia tidak terjun dari sebuah jambatan di Kolkata, India, lapor portal berita Wion News semalam. 

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Isnin lalu dan menyebabkan jalan raya sesak hampir sejam.

Pada hari kejadian, mangsa menaiki sebuah motosikal bersama anak perempuannya  dan berhenti berhampiran jambatan tersebut. Dia memberitahun bahawa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya.

Si anak keliru apabila melihat bapanya memanjat palang besi dan mengancam untuk terjun  dari jambatan itu. 

Tidak lama kemudian,  anggota-anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka memujuk lelaki tersebut dengan menawarkan kepadanya satu set nasi berani bersama peluang pekerjaan. 

‘Drama itu’ berakhir dengan lelaki berkenaan memutuskan untuk tidak terjun dari jambatan tersebut. – AGENSI 

Tiada ulasan: