"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu-Pas retak berebut mahu jadi PM

AKMAL MANAF

Tindakan Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan seolah-olah kerajaan akan ditukar dalam masa terdekat, adalah percubaan untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada masalah dalaman yang dihadapi blok pembangkang itu.

Pandangan itu disuarakan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dalam rancangan temu bual secara atas talian ‘Takde Skrip’ yang bertajuk ‘Siapa Diktator?’.

“Kita tidak boleh nafikan kita sudah mula melihat keretakan hubungan antara Bersatu dan Pas.

“Sekarang Pas cuba untuk mengetengahkan seorang calon Perdana Menteri yang baharu.

“Sebelum ini, kita tahu calon Perdana Menteri untuk PN adalah Tan Sri Mahiaddin Yassin, tetapi sekarang sudah ada nama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Menteri Besar Terengganu).

“Ini sudah tentu menunjukkan bahawa pengaruh Bersatu dalam PN semakin berkurangan,” katanya dalam bual bicara yang bersiaran pada malam tadi itu.

Mengulas lanjut, beliau turut mengimbas kembali peristiwa lima ahli Parlimen daripada Bersatu yang beralih sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, sebelum ini.

Beliau mendakwa, fakta itu (ahli Parlimen beralih sokongan) menyebabkan Pas merasakan bahawa Bersatu adalah ‘kelemahan’ kepada mereka.

“Jadi, saya melihat bahawa permainan politik (akan ada perubahan kerajaan) juga sebenarnya satu gangguan kepada isu yang mereka alami dalam PN,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan: