"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut selepas ditampar, dicekik suami

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita meninggal dunia beberapa jam selepas dipukul suaminya ketika bertengkar di rumah sewa mereka di PPR Batu Gong, Siburan, Sarawak.

Ketua Polis Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata lelaki 42 tahun terbabit ditahan semalam selepas laporan kematian mangsa 43 tahun diterima kira-kira 10.10 malam Selasa.

Katanya, peniaga kuih itu dikatakan berkahwin dengan suspek kira-kira tiga tahun lalu, tetapi menghalaunya keluar rumah pada 8 Jan lalu.

Beliau berkata, suspek muncul semula semalam atas alasan mahu mengambil pakaiannya di rumah sewa itu.

“Selepas mangsa memberi pakaian diminta, suspek menyatakan hasrat mahu berbincang sebelum menolak mangsa di kerusi ruang tamu dan terus menampar kedua-dua pipi mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudian mencekik leher mangsa menggunakan sebelah tangan dan menyuruhnya diam,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, selepas mengambil bajunya, suspek bertindak melarikan diri, manakala mangsa pula meminta bantuan jiran.

Abang Zainal berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah keluarganya di Kampung Panchor, Padawan dan mengadu sakit di bahagian telinga kira-kira 8 malam, sebelum tangannya kejang dan terbaring dalam pelukan kakaknya.

Katanya mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.48 malam oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata punca pertengkaran pasangan itu dipercayai akibat mangsa menghalau dan menuntut cerai daripada suspek yang enggan bekerja sejak setahun lalu, sering meminta wang tetapi tidak membantunya berniaga dan hanya tidur serta makan.

Tiada ulasan: