"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kronologi kes pembunuhan Bella

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Hari ini, teman lelaki kepada Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Mengikut kronologi, pada 14 Disember, Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya itu.

Kakak mangsa dakwa ada last chat (terakhir mesej) pada 14 Disember, 11.38 malam menerusi WhatsApp apabila Bella ada tanyakan sesuatu.

Keesokannya, 15 Disember, Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Pada 16 Disember, laporan polis pertama berkaitan kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pada 27 Disember berikutnya, lima individu dipanggil beri keterangan dan pada keesokannya polis menahan seorang lelaki 24 tahun bantu siasatan.

Seterusnya, pada 30 Disember, teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis dan sehari selepas itu polis menyatakan akan memanggil semula teman lelaki jika perlu.

Pada 19 Januari lalu, penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.

Keesokannya, 20 Januari, penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Bella.

Pada 21 Januari, polis menyatakan akan mempercepatkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penemuan rangka.

Semalam, debaran keluarga Bella menanti keputusan DNA akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, itu adalah Bella.

Tiada ulasan: