"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beria bagitahu semua orang kerajaan nak tumbang, tapi lain pula jadi

SITI NUR ZAWANI

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan hanya memandang sinis langkah menjatuhkan kerajaan selepas seorang lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Langkah Dubai yang disebut-sebut nampaknya memberi pertunjuk bahawa ia hanya propaganda pembangkang untuk memburukkan keadaan.

“Beria beritahu semua orang bahawa kerajaan tumbang, lepas itu tup tup seorang lagi pula menyokong PMX.

“Pening PN sekarang ini,” katanya ringkas di aplikasi X.

Setakat ini seramai enam Ahli Parlimen daripada PN telah mengisytiharkan sokongan kepada PMX, dengan semuanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Himpunan yang diadakan baru-baru ini di hadapan Istana Negara dengan turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad – kononnya bagi memberi tekanan kepada kerajaan – tidak berjaya menghasilkan apa-apa.

Malah menyaksikan blok pembangkang beralih sokongan kepada kerajaan.

Mungkin selepas ini tentera siber pembangkang akan menyebarkan tarikh baru mengenai kejatuhan kerajaan.

Sebelum ini Syahredzan berkata, khabar angin kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditumbangkan, hanyalah satu percubaan pembangkang untuk memberikan harapan kepada penyokong mereka.

Dalam satu temubual baru-baru ini, beliau berkata, PN sengaja menyebar propaganda dan memburukkan keadaan demi menaikkan semangat penyokong-penyokong mereka.

“Apabila kita sudah tahu bahawa dalam empat tahun ini (PN) memang terpaksa menjadi pembangkang, mungkin penyokong-penyokong pun tidak lagi mahu bersemangat seperti dahulu,” katanya.

Tiada ulasan: