"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istana Negara buat laporan polis terhadap Chegu Bard

Harapandaily

Pihak Istana Negara telah membuat laporan polis terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin berhubung dakwaan bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop, 39, di Balai Polis Travers.

Tindakan itu susulan kenyataan Chegu Bard dalam sebuah video berdurasi 52 saat menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.”

“Saya selaku pihak Istana Negara, Kuala Lumpur menafikan dakwaan oleh lelaki tersebut (Chegu Bard) dan ianya merupakan satu kenyataan yang tidak tepat.

“Tujuan saya membuat laporan ini untuk mengambil tindakan lanjut daripada pihak polis berkaitan video tersebut,” dipetik daripada laporan polis yang tersebar di media sosial itu.

Tiada ulasan: