Agensi
MATAN Fezel (kanan) bercerita dalam wawancara dengan Israel Tomorrow yang videonya tersebar di media sosial X.
Baitulmaqdis: Seorang tentera Israel yang bertempur di Semenanjung Gaza mendakwa terpaksa bersembunyi dan takut untuk keluar berhadapan pejuang Hamas.
Dalam wawancara dengan saluran Israel Tomorrow yang tular di aplikasi X pada Jumaat dan dilapor TribunNews, tentera itu yang dikenali Matan Fezel berkata, dia bersama beberapa rakan berada di kawasan yang dikuasai Hamas.
"Kami sedang duduk di dalam salah satu bangunan milik Hamas dan kami tahu sedang dipantau (Hamas) dan nyawa kami terancam.
"Kami takut untuk meninggalkan bangunan ini kerana sedar yang kami dikelilingi ancaman pihak antiserangan (anti Israel) dan penembak tepat Hamas," katanya.
Dia juga dilapor yang pasukannya memilih untuk kekal di dalam bangunan berkenaan sehingga bantuan tiba.
"Kami duduk di sini dengan radio kecil, mendengar berita dan terdengar komander Unit 162 berkata yang kami berada hampir di bawah kawalan ketenteraan," katanya.
Katanya, selepas bantuan tiba barulah dia dan pasukannya berani untuk keluar daripada bangunan itu, dengan pegawai unit memberitahu sudah mampu mengawal keadaan.
Sebelum itu, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan jangkaan tentera Israel yang gerakan Hamas masih belum kehilangan pemimpinnya dan kebanyakan pejuangnya masih hidup selepas 100 hari perang.
Dalam pada itu, Jurucakap Briged Al-Qassam iaitu sayap ketenteraan Hamas, Abu Ubaida berkata, pencapaian operasi ketenteraan yang diumum Israel ketika pencerobohan adalah tidak masuk akal.
"Akan sampai masanya kita membuktikan bahawa dakwaan mereka itu salah dan cacat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan