"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Naimah Khalid, isteri Daim didakwa esok

FMT Reporters
Awal bulan ini SPRM memanggil Naimah Khalid dan dua anak lelakinya untuk disoal siasat.
KUALA LUMPUR: Naimah Khalid isteri kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok.

Sumber berkata, beliau akan berdepan tuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun tidak dinyatakan bawah peruntukan apa.

FMT menghubungi peguam Naimah, Rajesh Nagarajan untuk mendapatkan komen.

Daim disiasat SPRM berdasarkan maklumat Kertas Pandora, yang mengaitkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia dengan kawasan perlindungan cukai luar pesisir.

Awal bulan ini, agensi antirasuah itu memanggil Naimah dan anak lelakinya, Amir Zainuddin serta Amin Zainuddin untuk disoal siasat.

SPRM berkata, wanita itu dan anak lelakinya dipanggil untuk memberikan maklumat mengenai aset milik keluarga mereka.

Dalam kenyataan susulan, SPRM berkata notis dikeluarkan terhadap Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023. Keluarganya juga dikenakan notis bawah Seksyen 36(1)(b) akta sama.

Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah untuk mencabar siasatan SPRM, yang menurut mereka bercanggah perlembagaan.

Minggu lalu, Naimah mengecam laporan mengaitkan diri dan anak-anaknya dengan dana amanah luar pesisir yang dikatakan mempunyai sehingga USD52.5 juta (RM247.54 juta) aset setakat 2020.

“Kami tidak pernah merahsiakan fakta kami memiliki aset di luar negara, yang merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang sah sejak sebelum penglibatan Daim dalam arena politik pada 1984,” katanya.

Tiada ulasan: