"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KPN: Tiada maklumat rakyat Malaysia jadi askar upahan di Donetsk

Faisal Asyraf

PETALING JAYA: Polis tiada maklumat tentang rakyat Malaysia yang didakwa berkhidmat sebagai askar upahan bersama Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine, seperti yang didakwa oleh laporan tentera Ukraine.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Cawangan Khas telah menyemak maklumat itu dengan rakan di Eropah.

“Tiada maklumat rakyat kita diupah jadi tentera di mana-mana negara seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita.

Razarudin mengingatkan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana rakyat kita yang didapati menjadi askar upahan atau pengganas, walaupun di negara yang bergolak.

“Jika ada rakyat kita dikesan jadi pengganas atau askar upahan, pasport mereka akan dibatalkan. Malaysia sama sekali tidak menyokong askar upahan atau membenarkan mana-mana rakyat kita pergi ke kawasan pergolakan untuk berperang,” katanya.

Katanya, tindakan boleh terhadap rakyat kita yang dikesan terlibat bawah Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara.

Terdahulu, National Resistance Center dari Ukraine mendakwa askar upahan dari Malaysia, yang ditemani oleh seorang penterjemah, serta seorang bekas anggota syarikat askar upahan, Wagner Group, dikesan di kawasan-kawasan yang diduduki di Donetsk.

Katanya, warga Cuba, Nepal, Belarus, dan Serbia beberapa kali antara mereka dilihat sebagai anggota tentera Rusia.

Ia memberi amaran sesiapa jua yang dilihat bertempur di samping Rusia menentang Ukraine dianggap sebagai sasaran.

Tiada ulasan: