"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Penduduk di empat jajahan culas bayar bil air

ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendedahkan penduduk di empat jajahan di negeri ini culas membayar bil air sekali gus menyaksikan tunggakan sebanyak RM27 juta sehingga 31 Disember lalu.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata, empat jajahan iaitu di Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Menurutnya, jumlah itu melibatkan kegagalan pengguna membayar bil air selama tiga bulan atau lebih sehingga menyebabkan berlakunya tunggakan.

“Bagaimanapun ada sesetengah jajahan seperti di Jeli, pengguna membuat pembayaran dengan baik dan kebanyakannya tunggakan tidak sampai dua bulan.

“Tunggakan dalam tempoh tiga bulan itu adalah dikira prosedur tinggi, jadi kita sasar supaya ia dapat turun sehingga dua bulan,” katanya pada pemberita pada Majlis Apresiasi Media- AKSB 2023 di sini malam tadi.

Izani memberitahu, pihaknya sedang melaksanakan program bagi menggalakkan pengguna membuat pembayaran tunggakan bil air secepat mungkin.

Katanya, pembayaran tunggakan ini sebenarnya akan membantu aliran tunai ASKB dan mampu mempercepatkan lagi tindakan terutama dalam kerja-kerja pembaikian paip.

“Kalau kita dapat bayaran cepat, duit itu boleh digunakan untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Untuk makluman, sehingga kini AKSB mempunyai 274,000 akaun yang membabitkan pengguna domestik dan bukan domestik,” ujarnya.-UTUSAN

Tiada ulasan: