"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Chee Kooi Heng dituduh membunuh abang dan kakak iparnya di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI
Chee Kooi Heng dituduh membunuh abang dan kakak iparnya di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI
Manjung: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.

Tertuduh, Chee Kooi Heng, 63, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, pekebun sawit itu dituduh dengan niat membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di dalam ladang sawit Lot 3332 Mukim Pengkalan Baharu, dekat Pantai Remis, di sini, antara 3 petang hingga 3.30 petang, 5 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili peguam, CC Keong.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dilaporkan berkata, pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca lelaki warga emas terbabit sanggup membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit.

Tiada ulasan: