"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru dua suspek samun wang RM32,000 milik suami isteri

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
SALAH seorang suspek samun yang dirakam CCTV membabitkan kes samun suami isteri di sebuah bilik sewa di Jalan Changkat Jong, di sini, minggu lalu. FOTO Ihsan Polis
SALAH seorang suspek samun yang dirakam CCTV membabitkan kes samun suami isteri di sebuah bilik sewa di Jalan Changkat Jong, di sini, minggu lalu. FOTO Ihsan Polis
Teluk Intan: Polis memburu dua suspek kes samun berkumpulan yang melarikan wang berjumlah RM32,000 milik sepasang suami isteri di sebuah bilik sewa di Jalan Changkat Jong, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian terbabit berlaku semasa mangsa berusia 48 dan 41 tahun itu baru pulang daripada restoran tempat mereka bekerja pada 12.30 tengah malam, 6 Mac lalu.

Menurutnya, dua suspek lelaki yang tidak bersenjata mengugut dan memaksa mangsa untuk membuka pintu bilik.

"Oleh kerana mangsa dalam keadaan ketakutan, mangsa menuruti permintaan suspek.

"Setelah pintu bilik dibuka, suspek terus menggeledah bilik dan menemui wang tunai simpanan mangsa dan isteri berjumlah RM32,000 yang disimpan di dalam beg pakaian.

"Suspek kemudiannya sempat menarik mangsa lelaki masuk ke dalam sebuah kereta, namun mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

"Kedua-dua mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan semasa kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, hasil siasatan rakaman video litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati kedua-dua suspek berumur lingkungan awal 30-an, berbadan gempal serta berketinggian kira-kira 175 sentimeter.

"Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian terbabit diminta berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Hasryman Osman di talian 05-6233969 atau 011-63319773," katanya.

Tiada ulasan: