"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kutip dua pedang samurai dari tempat pembuangan sampah? Nak mohong pun agak-agak la

Kantoi bawa pedang samurai dalam kereta

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
PEDANG samurai yang ditemui dalam kereta. FOTO  ihsan Polis
PEDANG samurai yang ditemui dalam kereta. FOTO ihsan Polis
Subang Jaya: Tindakan lelaki menyimpan dua pedang samurai yang dikutip dari tempat pembuangan sampah di dalam kereta mengundang padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong menahan lelaki berusia 30-an yang menaiki kereta di Taman Puchong Permai, Puchong, di sini, 3 pagi, kelmarin.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui dua pedang samurai yang disimpan di tempat duduk penumpang belakang dan bonet.

"Soal siasat terhadap suspek mendapati dia mengutip kedua-dua pedang berkenaan di kawasan pembuangan sampah Puchong Jaya dan menyimpannya di dalam kereta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, semakan lanjut dilakukan mendapati suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah.

"Kertas siasatan kes itu sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor, semalam dan suspek dituduh mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berjadual 1958 (Akta 357) di Mahkamah Shah Alam, hari ini.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang senjata berjadual di tempat awam.

"Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan: