"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakar wanita Rohingya, tukang cat ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tukang cat ditahan polis selepas disyaki terbabit kes membakar seorang wanita warga Rohingya sehingga melecur di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras, di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun itu ditahan di Ampang, dekat sini, malam tadi.

"Siasatan mendapati suspek disyaki terbabit kes itu bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang wanita warga asing melecur di muka dan badan, manakala anaknya cedera ringan selepas disimbah petrol sebelum dibakar dua lelaki di padang permainan Kampung Cheras Baru, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Zam Halim dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami mangsa yang juga warga asing jam 1.34 pagi, Ahad lalu.

Beliau dipetik berkata, siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa pergi ke padang permainan berkenaan untuk mengambil anak lelakinya berusia dua tahun jam 10.30 malam, Jumaat lalu.

Mangsa terserempak dengan dua lelaki warga asing dikenali dalam keadaan mabuk dengan salah seorang suspek mengarahkan wanita itu membeli petrol yang diisi ke dalam botol.

Selepas mangsa menyerahkan botol yang berisi petrol kepada suspek, mereka bertindak menyimbah petrol serta menyalakan api terhadap wanita berkenaan.

Tiada ulasan: