"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas MPT Bersatu, Faiz Na’aman kini ahli PKR

FMT Reporters
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Faiz Na’aman dan  bekas Adun Dengkil, Adhif Syan, diterima masuk sebagai ahli PKR.
PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Faiz Na’aman umum penerimaannya sebagai ahli PKR.

Beliau memaklumkan turut diterima menjadi ahli bekas Adun Dengkil, Adhif Syan, yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu Selangor.

“Inilah langkah saya serta rakan-rakan seperjuangan yang berjiwa marhaenis, nasionalis moderat, dan pro integriti seperti mana roh asal reformasi ketika ia mula bergema di negara kita kira-kira 26 tahun yang lalu.

“Saya bertekad akan memperkasakan perjuangan asal PKR, matlamat cakna rakyat kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Amirudin serta agenda nasional Malaysia Madani diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang tegas mempertahankan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan,” katanya dalam catitan di Facebook.

7 Ogos lalu, Faiz meletak jawatan ahli MPT Bersatu dan keluar parti itu dan menyatakan kesediaan menyertai PKR.

Beliau melihat PKR sebagai parti berdemokratik yang bersifat terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan ahli, selain menghargai bakat kepimpinan baharu.

Menurutnya, Bersatu terpesong daripada objektif untuk memberi lebih banyak ruang kepada orang muda mempunyai latar belakang bersih, kelayakan akademik dan setia kepada parti.

Rabu lalu, Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari mengumumkan sokongan kepada pentadbiran Amirudin, namun kekal ahli Bersatu selepas meneliti perkembangan terkini terutama tindakan Perikatan Nasional (PN) berdiam diri berhubung tohmahan terhadap Raja-Raja Melayu.

Tiada ulasan: