"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang tular sengaja cetus kemalangan dicekup

FMT Reporters

Suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah itu dilapor akan tuntut ganti rugi hingga RM100.
Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata penganggur itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA: Polis Pulau Pinang telah menahan lelaki yang dikesan sengaja mencetuskan kemalangan jalan raya dengan niat meminta wang sebagai ganti rugi.

Menurut laporan, lelaki berusia 41 tahun yang juga penganggur dicekup pada 7.43 malam di Changkat Bukit Gambir 1, Gelugor, pada Ahad.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau iaitu lima membabitkan jenayah, manakala lapan berkaitan kes dadah.

“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan serta serah kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

“Susulan itu, kita terima arahan bagi mendakwa suspek di mahkamah pada Khamis ini mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dipercayai mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon, dan Bukit Gambir.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja berbuat demikian dengan melanggar kenderaan lain, sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Tiada ulasan: