"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengkhianat negara: Penjawat awam disyaki 'dibela' sindiket dicekup

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
EMPAT direman kerana disyaki menjadi orang tengah sindiket penyeludupan tembakau dan arak. FOTO Ihsan SPRM

EMPAT direman kerana disyaki menjadi orang tengah sindiket penyeludupan tembakau dan arak. FOTO Ihsan SPRM
Kuala Lumpur: Seorang lagi penjawat awam ditahan bersama tiga individu lain yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan tembakau dan arak.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 4 petang semalam.

"Kesemua suspek ini dipercayai menjadi perantara sindiket terbabit untuk membayar wang rasuah kepada penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa bagi memudahkan urusan penyeludupan.

"Wang rasuah daripada sindiket ini dimasukkan ke dalam akaun mereka dan kemudian dipindahkan ke akaun beberapa penjawat awam yang terbabit," katanya hari ini.

Kesemua suspek berkenaan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Semalam Harian Metro melaporkan SPRM menahan empat penjawat dan mengesan seorang lagi kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.

Kesemua penjawat awam terbabit ditahan dalam operasi khas Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM yang berjaya menahan lapan suspek termasuk empat penjawat awam terbabit yang dipercayai bersubahat sejak tahun 2018 hingga 2023.

Tiada ulasan: