"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasar Raya Mydin terbakar

Bernama

IPOH: Pasar raya besar Mydin di Manjoi terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata bomba menerima panggilan pada 7.09 malam dan sepasukan bomba dari Balai Bomba Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran.

Tiada ulasan: