AKMAL MANAF
Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin dilihat telah kena boikot dengan pembangkang atau mesra dipanggil walaun.
“Bila tak sokong walaun. Raja Petra diboikot. Kesian Raja Petra diperlakukan walaun,” tulis pengguna laman X, Buffet Cryptowar.
Dalam platform sama, Mynewshub dalam hantarannya pula menulis tentang Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK tentang sokongannya yang berubah mengikut siapa yang berkuasa.
“Dulu jilat (sokong) Muhyiddin (Tan Sri Mahiaddin Yassin), sekarang jilat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Ikut siapa baling tulang lagi mahal. Nak berhenti dah ikut dia ni, tak relevan langsung dah,” tempelak portal berita itu.
Raja Petra yang sudah lama berada di England pernah membandingkan keadaan dirinya dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW.
Dia mengaku mengikut sunnah Rasulullah dan berhijrah ke England.
Walhal, Rasullullah berhijrah untuk berdakwah sebaliknya Raja Petra pula berhijrah untuk menaburkan fitnah.
Dia ‘lari’ meninggalkan Malaysia kerana kalah dalam dua kes saman berjumlah hampir RM1 juta.
Mahkamah mengarahkan dia perlu membayar RM600,000 kepada Lim Guan Eng dan RM300,000 lagi kepada Shafee Abdullah.
Mutakhir ini, RPK dilihat menyokong kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bulan lalu, dia berulang kali menganggap Langkah Dubai yang digerakkan pihak pembangkang bagi menjatuhkan Kerajaan Madani sebagai gagal.
“Anwar tidak boleh dijatuhkan.
“Langkah Dubai gagal walaupun mereka kata ada angka, dikatakan 120 ahli Parlimen (menyokong)… akan bertambah, naik lagi lebih 120…
“Langkah Dubai memang ada tetapi gagal. Usaha untuk menjatuhkan Anwar tidak berjaya.
“Memang ada usaha (menjatuhkan) tetapi tidak berjaya.” katanya menerusi rakaman video yang tular di media sosial.
Pengakuan Raja Petra itu selepas pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada 15 Januari yang akan memanggilnya dan beberapa lagi individu.
Mereka dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung Langkah Dubai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan