"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi: Lelaki cuba ganti kad pengenalan palsu di JPN

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
LELAKI ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu. FOTO JPN
LELAKI ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu. FOTO JPN
Sandakan: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu, Selasa lalu.

Lelaki itu ditahan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sandakan ketika hadir di kaunter JPN untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan.

Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, semakan oleh pegawai JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki terbabit tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

"Berdasarkan kepada kuasa yang diberikan, lelaki terbabit ditahan oleh pegawai JPN.

"Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu, semalam.

Tiada ulasan: