"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 pelancong asing maut, 3 parah nahas bas, lori sawit

FMT Reporters
Ketua Balai Bomba Semporna Mazlan Sarman, berkata dua mangsa maut dalam nahas itu melibatkan pelancong Singapura dan Vietnam.
PETALING JAYA: Dua pelancong asing maut, manakala lima lagi cedera selepas bas pesiaran dinaiki bertembung lori membawa muatan buah sawit di Jalan Kalumpang KM20, Jalan Semporna-Tawau, petang tadi.

Ketua Balai Bomba Semporna Mazlan Sarman, berkata kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki warga Singapura, Lee Siong Huat, 60, dan wanita warga Vietnam Ngo Trinh Buu Dung, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.03 petang dan lima anggota serta pegawai bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku akibat bas persiaran itu bertembung dengan lori sebelum terbabas di tepi jalan. Pemandu lori berkenaan iaitu lelaki berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, tiga mangsa lelaki cedera parah iaitu pemandu bas persiaran warga tempatan berusia 42 tahun dan dua pelancong dari Singapura masing-masing 67 dan 71 tahun.

“Dua lagi warga Singapura iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun serta seorang lelaki 58 tahun mengalami cedera ringan,” katanya.

Mazlan berkata operasi menyelamat mangsa ditamatkan pada 5.32 petang.

Tiada ulasan: