G Manimaran
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.
Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.
Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.
“Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs,” kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.
“Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs,” kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.
The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.
Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.
Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.
Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. “Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan,” kata beliau.
Baca selanjutnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan