Adakah ini kes bunuh diri? Malaysia amat memerlukan lebih banyak klinik dan hospital untuk merawat 3 juta rakyatnya yang sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Analisis isu ini di SINI
***************
Mati tergantung
Harian Metro 27 Dis 2010
MUAR: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Arab di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, xxxxxx, 22, ditemui tergantung oleh abangnya yang tinggal serumah dengannya.
Abang mangsa, xxxxxxxx, 26, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah sehari sebelum kejadian. Katanya, perangai mangsa berubah sejak seminggu lalu dan gemar mengurung diri di dalam bilik.
“Pada hari kejadian, arwah seharian mengunci diri dalam bilik menyebabkan saya dan rakan serumah lain mula mengesyaki sesuatu yang buruk lalu bertindak mengetuk pintu malah cuba memecahkan dinding bilik tetapi tidak berjaya.
“Kami kemudian memanjat dinding bilik dari luar rumah dan terkejut selepas mendapati mangsa dalam keadaan tergantung,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan