"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC

Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud.

NONEKhalid (kanan) mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi.

Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon.

Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini.

Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat.

Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: