"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Badrul Amin nafi akur pelantikan Khusrin

Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menafikan bahawa beliau akur dengan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru selepas Sultan Selangor dilaporkan berkenan menerimanya.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speechJusteru, menurut Dr Badrul Amin (kiri), laporan Sinar Harian hari ini yang memetiknya sebagai berkata bahawa beliau akur dengan pelantikan itu adalah tidak tepat.

"Tidak timbul soal Sultan berkenan atau tidak. Penjelasan setiausaha sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani bahawa (bahawa Sultan berkenan) hanyalah pendapatnya sendiri," katanya.

Harian berbahasa Melaui itu hari ini melaporkan, Dr Badrul Amin akur dengan keputusan itu kerana percaya Tuanku mempunya kebijaksanaan sendiri menerima pelantikan itu.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam akhbar sama yang berkata keputusan itu adalah muktamad.

"Pada pandangan saya, keputusan itu confirm (sah) kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," Mohamad Munir dilaporkan berkata.

azlanBercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Badrul Amin berkata, isu sebenarnya adalah perlantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan adalah "berniat jahat" terhadap kerajaan negeri bagi melaksanakan "agenda jahat Umno dan BN".

"Dia (Mohamad Sidek) tahu kita ada konflik dengan Khusrin, kenapa dia lantik tanpa memaklumkan kepada menteri besar dahulu?" katanya.

Ditanya bagaimana isu sekitar kedudukan 'kerusi panas' itu dapat diselesaikan, Dr Badrul Amin berkata ia bergantung kepada pertemuan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan esok.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: