sofiwahab
Sekali lagi Utusan memanipulasikan isu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching mencemarkan kesucian masjid. Kalau dahulu YB Teo dikatakan mencemarkan masjid kerana memberikan tazkirah di surau, kali ini beliau dikatakan mencemarkan kesucian masjid kerana memakai baju ketat bersenamrobik di perkarangan masjid.Saya sendiri menghubungi Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong yang juga merupakan sahabat baik saya iaitu Haji Azman Idris untuk mendapat komentar beliau.
Haji Azman berkata isu itu bukanlah perkara besar cuma ianya di'spin'kan oleh Utusan untuk mendapatkan 'political mileage'. Utusan dengan 'bangganya' menyatakan bahawa umat Islam begitu marah dengan tindakan YB Teo ini sedangkan di kawasan Taman Cheras Jaya sendiri tidak ada seorang pun yang marah dan tidak senang dengan tindakan YB Teo.
Ternyata isu ini di'spin'kan Utusan untuk membangkitkan kebencian umat Islam kepada DAP dan PR.
**Tutup aurat cara puteri umno - kerengga


Tiada ulasan:
Catat Ulasan