"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Protes baldi air' berlangsung di DBKL

Kira-kira 20 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang hari ini berkumpul di depan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sambil membawa baldi untuk membantah amaran pemotongan bekalan air di kediaman mereka.

NONEMereka turut mempamerkan kertas bertulis "Jangan Potong Air" dan "DBKL Niaya Masyarakat India".

Kumpulan yang mewakili 22 keluarga itu kini menghadapi notis pemotongan dan risiko disita sekiranya gagal menjelaskan bekalan air dan sewa yang tertunggak.

Jumlah tunggakan itu antara RM2,000 hingga RM15,000 untuk satu keluarga bagi bil air dan sewaan sebanyak RM124 sebulan, terkumpul sejak beberapa bulan, malah tahun.

Keluarga terlibat, kesemuanya berbangsa India, risau notis yang dihantar pada 1 Disember itu menyaksikan pihak berkuasa mengambil tindakan, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan putus bekalan air.

Mengiringi mereka ialah anggota jawatankuasa eksekutif Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan dan beberapa penyokong Hindraf yang berbaju oren.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: