"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjawab pembohongan Zainulfaqar & Abdul Fatah pasal pertemuan PAS-UMNO &

batuapi
Saya terbaca satu artikel yang diposting oleh AlHusseyn daripada tulisan Zainulfaqar Yaacob bertajuk "Mustahil seorang ulama haraki seperti Hadi sanggup menipu lagi ..." Rasa macam nak ulas sedikit walaupun hari ini sepatutnya kena rehat di rumah. Kemas-kemas rumah, susun atur semula perabut supaya ada kelainan pada awal tahun Masihi ini.

Saya sebenarnya tahu Zainulfaqar ada blog baru, tapi malas nak layan sangat. Saya lebih tertarik pasal cikgu Husseyn yang posting. Saya kagun kepada cikgu Husseyn sebagai orang lama dalam PAS dan juga dalam dunia internet ini.

Saya bukan seperti Zainulfaqar yang boleh menalipon cikgu Husseyn, jika ada mana-mana artikel yang tak kena agar cikgu Husseyn perihatin atau menjawab sekiranya perlu. Mereka yang mencebur dunia blogger ini seperti sarang labah-labah, nampak macam biasa tapi boleh memerangkap mereka yang "lalai". Ya yang lalai dengan keadaan sebenar.

Saya amat mengharap cikgu Husseyn mengambil sikap sebagai orang tua dalam hal ini.

Berbalik semula kepada Zainulfaqar. Walaupun tulisan dia ini bukanlah petikan dia sepenuhnya sekadar mengulas petikan orang lain tapi sebagai orang yang berada dalam dunia kewartawanan mengambarkan dia menghayati petikan itu. Seperti Zainulfaqar sebut juga idea dan tanggapan fikiran tak boleh mati begitu sahaja semasa Zainulfaqar berhujah tentang UG.

Saya pun hairan bagaimana Zainulfaqar menyebut tentang penjanjian pangkor III dan ini berbeza dengan apa yang saya faham tentang perjanjian pangkor II. Sila baca tulisan saya berkenaan perjanjian pangkor II. (Perjanjian Pangkor, Betul ke ni??)

Petikan artikel Zainulfaqar daripada kesimpulan Penarik Beca dan Abdul Fatah Haron

Sebentar tadi saya ada menghubung seorang pimpinan PAS Pusat bertanya hal “Perjanjian Pangkor III” ini. Inisiatif itu selepas saya sendiri membaca blog Penarik beca dan facebook Abdul Fattah Haron, pemimpin PAS Kelantan.
“Pemimpin PAS yang terbabit bukan sahaja Ustaz Hadi dan Nasharuddin, malah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik (Mursyidul Am PAS) sendiri. Nik Aziz datang kerana istana (DYMM YDA Tuanku Mizan Zainal Abidin) panggil tanpa diberitahu sebab (dijemput ke Istana Terengganu).
“Tok Guru terkejut kerana Ustaz Hadi, Nasharuddin, Najib dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno) ada dalam pertemuan tersebut.
“Muhyiddin kata: PAS dan Umno perlu ketepikan faham politik, perlu bersatu mempertahankan kepentingan Melayu.”
“Tok Guru kata (respons) : Yang banyak tangkap dan bunuh ulama adalah Umno. Yang banyak lawan Islam pun Umno.“
“Tok Guru kemudiannya keluar (meninggalkan majlis itu). Tuanku Sultan pun keluar (meninggalkan majlis itu). Yang tinggal, hanya Ustaz Hadi, Nasharuddin, Najib dan Muhyiddin,” ujar beliau sambil mencadangkan mana-mana ‘wartawan badwi’ desak Hadi dan Nasruddin memberi respons bertanggungjawab dalam masa terdekat.
Saya berpendapat kenyataan ini adalah bohong dan berniat jahat dengan mengaitkan dengan UG. Kenyataan ini juga adalah tokok tambah dan satu helah memutar belit daripada apa yang sebenar berlaku.

Kenapa tak ceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Kenapa perlu bohong dan kaitakan dengan UG?

Abdul Fatah Haron difahamkan mendapat cerita daripada TGNA? Kenapa perlu berbohong di FB? Menyebabkan semua orang menjadi keliru. Sila jawab? Kenapa perlu fitnah kepada TGHH dan Ustaz Nasha? Sudah tidak cukupkah fitnah sebelum ini kepada ustaz Nasha?

Memang anda suka sebab anda tak kena fitnah tersebut, tapi Nabi s.a.w. telah berpesan tentang ada manusia akan makan daging kawannya.

TGNA dikata tak tahu? Siapa cakap? Pernahkah anda tanya TGNA sendiri betul ke dia tak tahu? Atau sudah ada beberapa siri pertemuan sebelum itu antara TGNA dan TGHH?

Kita sebagai orang Islam wajib mendapat pengkhabaran yang sebenar. Kenapa nak hidupkan lagi UG? Kita sanggup gadai maruah Islam kita atas semata-mata pemilihan PAS yang tak lama lagi. Bodohnya kita dalam hal ini!

Saya sudah sebut dalam tulisan saya yang lalu kalau dilihat dari segi logiknya memang macam tak mungkin pasal Presiden ada di luar negara. Tapi kalau dikira secara sirah bagaimana helah dan strategi ada penyelsaian pada tarikh itu. (Baca di sini)

Saya ada maklumat, tapi saya tak akan keluarkan maklumat ini sehingga TGNA membuat kenyataan secara rasmi. Apa salahnya tanya sendiri TGNA? Beliau ada dalam pertemuan itu. Tanyalah TGNA kena tipu oleh TGHH ke? TGNA ke tipu oleh Ustaz Nasha ke? Payah ke nak tanya.

Dulu pun TGNA telah diberikan maklumat silap. Saya ambil petikan Malaysiakini ini supaya semua memahami. "Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang."


Banyak kali pertemuan dan perbincangan tentang UG sebenar dibuat bukan kerjasama dengan UMNO. Tapi kenapa TGNA telah diberikan gambaran yang salah?

Saya setuju, UG kita tinggalkan. Sebab saya pun tak setuju dengan UG ini wujud perbahasan saya dengan Ali Zaidan. Anda boleh rujuk penulisan saya yang lalu. Pelikkan!

Habis kenapa saya tak marahkan TGHH? Sebab tak ada kaitan pun dengan UG. Jangan kita bodoh!

Sebelum saya tamatkan tulisan ini, sekali lagi saya tengaskan apa yang paparkan dalam tulisan Zainulfaqar itu adalah tokok tambah yang sengaja dibuat semata-mata nak burukkan kepimpinan yang tak disukai. Takutlah marah Allah taala. Allah telah memberikan peringatan dalam AlHujurat ayat 6
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. 
Sebaik-baiknya dapatkan penjelasan daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri pasal beliau orang yang paling layak membuat kenyataan ini. Kerana ini akan menyelamatkan kita daripada dosa.

BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
http://batuapi-firestone.blogspot.com

Tiada ulasan: