"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wee Choo Keong Berak Atas Red Carpet

Mohd Sayuti Omar

SAYA tidak mengikuti sepenuhnya ucapan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen baru ini i. Apa yang saya dengar dari laporan tv dan radiso beliau telah membelasah beberapa rakannya dalam Pakatan Rakyat. Antara yang diungkitkan oleh beliau mengenai little Napoleon yang suka membuat fitnah. Di masa sama beliau memuji dan membela Najib Razak.

Beliau merujuk kepada perbuatan mencipta gambar dan disebarkan dalam internet. Adalah dipercayai gambar itu berkenaan Najib Razak yang sedang makan malam dengan Altantuya Sharribbu. Gambar itu gambar ciptaan Tian Chua. Tiang Chua sudah pun mengaku, dan kalau tidak silap beliau telah memohon maaf kepada Najib.

Saya juga tidak suka kalau ada orang membuat fitnah dengan mereka-reka gambar. Begitu juga dengan gambar Najib yang sedang makan malam dengan Altantuya itu. Saya tidak bersetuju awal-awal lagi. Tidak sepatutnya gambar itu disebarkan kerana ia menimbulkan fitnah dan boleh mengelirukan. Bagi saya apa yang dilakukan itu satu perbuatan melampau apa lagi oleh seorang ahli parlimen.

Tidak kurang ramainya orang yang mempercayai gambar yang dicipta oleh Tian Chua itu. Saya pernah bertengar dengan seorang lelaki di kedai mamak di Taman Melawati, mengenai gambar berkenaan. Dia bertanya saya mengenai kes Altantuya. Katanya benarkah Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Saya kata tidak ada bukti!

Lalu lelaki itu menjawab, ada bukti, ada gambar dalam internet. Saya tanya dia gambar mana? Jawabnya gambar Najib sedang makan dengan Altantuya. Saya memberi tahu gambar itu palsu, rekaan. Dia tidak mempercayai kata-kata saya. Puas saya cuba nak yakinkan lelaki berkenaan namun dia tetap mengatakan itu adalah bukti sahih.
Akhirnya saya meninggalkan lelaki berkenaan tanpa menghabiskan air kerana marah. Dalam hati saya berkata, betapa kerana gambar ciptaan Tian Chua menyebabkan seorang lelaki telah mempercayai dakwaan mengatakan Najib terlibat hanya kerana melihat gambar superimposeberkenaan. Semiggu kemudian saya didapati lelaki berkenaan mengalami masalah mental. Patutpun...

Sepatutnya kerajaan menerusi akta Multi Media dan Komunakasi mengambil tindakan ke atas Tian Chua kerana meyebarkan fitnah menerusi gambar berkenaan. Malangnya Tian Chua tidak dikenakan apa-apa tindakan, dan ini menyebabkan orang beranggapan gambar itu adalah benar.
Begitulah kesan gambar berkenaan, sebab itu saya mengutuk dan membenci bila ada manusia tidak bertanggungjawab membuat gambar superimpose. Beberap hari lepas seorang rakan yang baru balik dari Mongolia menceritakan dia ternampak gambar Altantuya dengan Najib yang disiarkan dalam majalah. Saya tanya kawan itu kenapa tidak bawa balik? Dia hanya terdiam, dan satu lagi fitnah cuba di lempar kepada Najib.

Bukan saja gambar berkenaan, tetapi gambar-gambar lain juga. Kalau buka blog liar dan blog hantu macam-macam gambar superimpose yang direka dengan tujuan untuk menyindir dan mengaibkan para pemimpin negara ini. Tidak kira blog penyokong UBN atau Pakatan Rakyat, kedua-duanya sama-sama melampau dan sama-sama gila. Etika penyiaran dan kebebasan press telah dilanggari sewenang-wenangnya. Adalah baik kalau pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas blogger hantu begini tidak kira dari puak mana untuk pengajaran bersama.

Berbaik kepada ahli parlimen Cina berasal Kelantan tadi, saya ada membuat spekualsi di dalam blog ini beberapa minggu dulu. Antara ahli parlimen berpotensi akan melompat meninggalkan blok Pakatan Rakyat di Parlimen ialah Wee Choo Keong. Saya membuat spekulasi itu tidak berpandukan kepada apa yang berlaku hari ini, tetapi melihat kepada tindak tanduknya dan juga firasat jiwa saya.

Pendedahan beliau terhadap Setiausaha Politik, Perdana Menteri, Shafei Abdullah kononnya terlibat dalam rasuah saya lihat adalah strateginya untuk membolehkan beliau berjumpa dengan Najib. Ternyata selepas beliau mengusik Shafei Abdullah itulah beliau pergi menghadap Najib. Ini dapat saya rasakan selepas saya menulis dalam blog mengenai keberanian beliau itu, beliau terus mendiamkan diri.

Mengenai kedatangannya ke pejabat Najib di Putrajaya kawan bloger sayaZaharin Mohd Yaasin boleh bercerita apakah tujuan Wee Choo Keong berjumpa dengan Najib. Menurut seorang lagi kawan bloger Zaharilah yang membawa Wee Choo Keong berjumpa dengan Najib?

Selepas itu beliau mengikut rombongan bersama Najib ke luar negara. Mengenai lawatan itu kata Wee, di parlimen hari ini itu perkara biasa. Wakil rakyat pembangkang lain juga takwilnya ada sama yang ikut perdana menteri. Tetapi pemergian Wee itu menjaditanda tanya. Dalam hal ini kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Wee juga tentu tahu beza salakan anjing dengan salakan babi. Bukan mudah orang seperti Wee bekas ahli DAP tiba-tiba boleh mengekori Najib begitu saja kalau bukan untuk dijadikan haiwan pemburu.

Dan hari ini apabila Wee membelasah rakan dalam Pakatan Rakyat menimbulkan soal little Napoleon ia sama nada dengan ahli parlimen tikus belut dari Utara sana yang menyebut istilah Firaun kecil. Bezanya istilah saja berbeza tatapi maksdunya, kenapa istilah itu ditimbulkan adalah sama. Orang-orang ini sengaja mencari istilah dan kesalahan itu untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menikam kawan.

Saya percaya (bukan selepas ucapan di parlimen hari ini tetapi lama sebelum ini), ahli parlimen Wangsa Maju itu juga akan meminta untuk digorupkan dalam blok bebas. Saya mahu tenguk kalau sebelum ini Wee mencemuh ahli Parlimen Pasir Mas yang bertukar menjadi katak, apakah pula nama yang akan beliau tagkan di bajunya. Apakah katak juga ataupun haiwan lain yang lebih tinggi lompatannya.
Apa yang Wee lakukan hari ini bukan saja menyinggung rakannya dalam Pakatan Rakyat tetapi ia juga benar-benar mengecewakan pengundinya di Wangsa Maju. Kalau pengundi tahu bahawa Wee seorang yang tidak jujur dalam berpolitik sudah tentu pengundi di Wangsa Maju memilih Yew Teong Look menjadi calon. Daripada menyokong musuh berbuluh ayam lebih baik menyokong musuh yang jelas tetapi memberi faedah pembangunan setempat.

Meskipun keduanya orang Cina, namun Cina bernama Yew Teong Looklebih konsisten dan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun kalah. Kehadiran Wee, ke Wangsa Maju yang disambut dengan red carpet disia-siakan sahaja kerana Wee tidak tahu menilai kesucian dan keagungan red carpet itu. Kerana kedugunan itu menyebabkan hari ini beliau berak atas carpet berkenaan. Ataupun Wee terpaksa berbuat begitu kerana mengelak sesuatu yang boleh memeritkan dirinya? Maka beliau tidak ada jalan lain melainkan terpaksa berak meskipun atas red carpet.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: