"Saya memutuskan meletak jawatan sebab saya berkhidmat bersama Datuk Seri Ong (Tee Keat). Oleh kerana beliau tidak lagi menjadi presiden parti, saya memutuskan meletak jawatan dalam parti," katanya ketika dihubungi Bernama malam semalam.
Tee dilantik ke kedua-dua jawatan itu selepas Tee Keat dipilih sebagai presiden parti pada Okt 2008.
"Saya akan terus menjadi anggota MCA tetapi tidak akan menerima sebarang tawaran balas bagi saya memegang apa-apa jawatan dalam parti. Sebaliknya saya akan beri lebih perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan persatuan puak,"ujanya.
Tee Keat kalah pada pemilihan baru parti Ahad lalu dalam pertandingan tiga penjuru menentang Dr Chua dan bekas presiden parti Tan Sri Ong Ka Ting.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan